Friday, November 28, 2008

sharpener...?

pasal ape wat entri pasal sharpener?

aku tau aku ni seorang guru yang berdedikasi (ye ke?) tapi sampai dalam blog pun nak buat entri pasal stationery. ape da takde cite laen ke cikgu nih?

bukan camtu..banyak sangat nak cite dalam blog. tp wat mase ni, idea ni pulak yang kelua dulu. jd, idea ni la yang ditulis dulu.

bila dah duduk dekat maktab ni. da berkumpul dan berjumpe dengan ramai orang dari pelusuk negeri. banyak la istilah-istilah yang berlainan dengan apa yang kite selalu guna. contoh terdekat yang saya baru dapat dari rakan-rakan semalam ialah sharpener.

korang tahu kan apa tu sharpener. kalau yang still di alam pembelajaran akan punya satu. kalau tak pun mesti korang akan pinjam dari rakan-rakan. fungsi dia adalah untuk membuatkan pensil anda jadi tajam... so, senang la untuk anda menulis dengan lancar tanpa ragu-ragu (iklan faber castle..?)

jadi punca cerita sharpener ni bila kitorang dah sudah makan pasar malam..(makanan yang dibeli dari pasar malam bukan dari kafe..hari khamis ada pasar malam dekat stesen bas lama B.Pahat so, orang B. Pahat jagan tak pegi sbb ade laksa harga RM1 dan rasanya sangat enak...=)

jadi apa kaitan pasar malam dengan sharpener?? aik..sebenanya saya da lupe ape kaitannye tp yang saya tahu untuk barang sebesar sharpener tu dia ada lebih dari 2 nama. sangat menakjubkan bukan? walhal benda alah tu sebesar duit 20sen je. tapi takpe. walaupun sharpener tu besar 20 sen tapi dia dah membuatkan kami sekelas berdebat tentang nama sebenar sharpener tu.

kanak-kanak di Johor panggil....pengorek
contoh ayat: "Ali pinjam pengorek, kite nk korek pensil"

kanak-kanak di Selangor panggil...peraut
contoh ayat: "Cikgu, saya nak pegi raut pensel warna ni ye"

kanak-kanak di Pahang panggil...pemerah (tapi ejaan dia pemeras)
contoh ayat: "Aku nak memerah pensel. Ong("awak" bahasa Pahang) nak ikut?

itu la dia 3 istilah berbeza untuk benda sekecil duit 20 sen. selepas berdebat tentang nama sharpener ni yang sebenar kitorg story pasal budak-budak sekarang yang boleh tahan peliknya.

kes 1
bila kita tengah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati, nanti ada seorang,dua(sorg, dua sahaja) murid yang akan menjadi bosan dan mula cari benda yang nak dilakukan.

kalau usik kawan nanti cikgu marah.
kalau main permenan nanti cikgu rampas
kalau tido, cikgu suruh cuci muka
kalau sharp/peraut/korek/memerah pensel mesti cikgu tak marah

jadi dia pun angkat tangan
M:cikgu saya nak sharp/peraut/korek/memerah(ikut negeri mana budak tersebut duduk)pensel
C: awak nak sharp/peraut/korek/memerah pensel untuk apa? sekarang kan cikgu suruh baca petikan

dia pun terdiam takda alasan lagi nak bangun dari kerusi tu.

lagi sorang angkat tangan
M: cikgu, saya nak pergi tandas (walhal dia masuk kelas sama-sama cikgu sebab dari tandas)
C: bukan awak dari tandas tadi ke?
M: saya sakit perut cikgu (sambil tekan-tekan perut mohon simpati)
C:pergi!! (dengan nada tak suka sangat sbb tak cukup korem nak baca petikan cikgu ni, tp kalau dah terberak dalam kelas, sape nak cuci!!??)

yang lagi sorang pulak
M: cikgu, saya nak minum air
C: (muka cikgu da kelat buah salak!!)

Kes 2
waktu ujian/peperiksaan

waktu ini sangat ditunggu oleh para cikgu sebab...
1. Cikgu tak payah buat lesson plan. tulis besar-besar UJIAN BULANAN/PEPERIKSAAN
2. Cikgu tak payah jerit-jerit mengajar bagai nak rak padahal budak-budak buat malas
3. Cikgu boleh duduk sepanjang masa dan memantau murid dari tempat duduk depan
4. Cikgu boleh tanda buku yang dah bertimbun-timbun (bagi kerja banyak, tapi malas tanda)
5. Cikgu tak payah suruh budak diam sebab time exam tetiba budak tahu diam sendiri
6. Cikgu boleh bagi jelingan manja dari kerusi kalau ada budak yang berani toleh kiri kanan

jadi, cikgu berasa sangat tenang pada waktu exam/ujian

tp...

masih ada budak yang terejal dan degil. sebab dia macam ulat tak boleh duduk diam. budak-budak ni selalunya sangat suka jawab periksa juga (ingatkan cikgu je gembira. budak pun sama juga) sebab:

1. dia takda perlu berat-berat bawa semua buku macam dah nak runtuh bahu
2. dia akan mengambil masa 10 minit (min) dan 20 minit (maks) untuk jawab soalan
3. masa terluang yang berharga tu mereka abeskan dengan membina kereta dari kertas, pusingkan pemadam pakai dawai kokot (patutla semua notis yang ditampal pada notis board da hilang!!) atau paku tekan. (bukankah budak-budak sekarang ini sangat genuis dan berinovasi. kecik-kecik dah ada bakat mereka cipta)
4. main lawan pemadam dengan kawan depan (siapa menang boleh ambik pemadam lawan)
5. yang perempuan suka main pensel jadikan pelakon dan pensil box jadi props kononnya sebagai rumah atau bilik.
cth: jd fasha sandha dalam cerita Natasha. jap gi dia la jadi mak sedara yang jahat, jadi sepupu yang jahat jugak, jadi bapak Natasha sebab dia main sorang-sorang je. suara pun boleh tukar-tukar ikut watak. kejap besar, garang, halus (hahaha..memang budak ni ada talent jadi pelakon!)
6. budak lelaki buat pensel box jadi kereta racing. maka akan keluarlah bunyi yang nyaring (vrooooommm!!) atau bunyi brek time die brek kan pensel box tu (eeeeeeeiikkkkkk) atau bunyi hon bile ade kereta lain halang (pon..pon..)
7. nak pergi sharp kaler dekat luar belakang kelas. padahal takda perlukan warna ketika kertas matematik pun!! (dia nak usha bf dia yang duduk depan skali tepi pintu dekat kelas sebelah) sambil dalam perjalanan mata dia dapat tangkap jawapan kawan-kawan lain!!(bijak bukan?)
8. yang takda semacam banyak idea akan main duit belanja..(keting..keting)bikin panas hati ibu guru!

moralnya: bila seorang dah start minta yang bebukan. ia akan berjangkit pada yang lain. dah macam wabak. oleh kerana cikgu ni dah terlebih faham perangai murid dia..biarkan. sebab yang pegi tandas tadi akan balik dengan basah lencun dan mengadu ada budak besar simbah dia dalam tandas dan budak yang minum tadi nak timbulkan rasa iri hati kawan-kawan lain sebab dia ada air warna merah. sebagai guru kite kena bersabar sebab..'nama pun budak'

sebagai guru: kita bagi aje arahan klise
"siapa dah siap letak kepala atas meja. kalau cikgu nampak ade yang angkat, cikgu ketuk kepala dia"
jd secara automatik budak-budak akan tido dan takda yang bising nak main. cikgu boleh teruskan enjoy duduk dekat kerusi depan

sekian..

3 feedback:

azzahhusna said...

lepas ni ko buat lah entry pasal pembaris lak.aku suka dowh enttry pasal pembaris. tak pun pasal bateri kamera.yg tu lagi aku suka..hahahah

bulan darling said...

AKU SUKE YG NENGERI MANE NTAH pnaggil shrpener pengorkk.
waaahhh aku ske korek2 wahahahaha

hidayati said...

weh...

best kan cite shapener.

pembaris nnt hr len ye

psl korek2 sensored la tet